Israel bunuh 24 lagi rakyat Palestin termasuk kakak Ismail Haniyeh

Astro Awani
Jun 25, 2024 07:45 MYT
Pemandangan di Semenanjung Gaza yang musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel. - Foto AP
GAZA: Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin dalam tiga serangan udara berasingan di Bandar Gaza, pada awal Selasa.
Serangan terbaharu itu turut membunuh kakak ketua pejuang Hamas, Ismail Haniyeh.
Kereta kebal Israel juga bergerak lebih dalam ke kawasan barat Rafah di selatan Gaza dan meletupkan rumah.
Dua daripada serangan udara Israel mengena dua sekolah di Bandar Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang.
Manakala satu lagi serangan ke atas sebuah rumah di Kem Shati telah membunuh 10 yang lain.
Rumah di Shati adalah milik keluarga besar ketua Hamas, Ismail Haniyeh yang kini berada di Qatar.
Seorang daripada saudara perempuannya terbunuh bersama saudara-mara lain.
Haniyeh, yang mengetuai diplomasi Hamas mengendalikan Gaza sejak 2007, telah kehilangan ramai saudara-mara dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober, termasuk tiga anak lelaki.
#Israel #serangan #Palestin #Rafah
;