“Israel boleh serang di mana-mana sahaja di Asia Barat” - Ketua IDF

Agensi
Oktober 2, 2024 07:00 MYT
Gambar fail menunjukkan (Herzi Halevi) diberi penerangan mengenai operasi ketenteraan Israel menentang Hamas di sebuah lokasi di Gaza pada 2023. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi mendakwa, Angkatan Pertahanan Israel (UDF) mempunyai "keupayaan untuk mencapai dan menyerang di mana-mana titik di Asia Barat."
"Dan musuh-musuh kita yang tidak memahami perkara ini sehingga kini, akan memahaminya tidak lama lagi," ujar Halevi.
Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatannya ke pangkalan udara Tel Nof berhampiran Tel Aviv sebelum ini.
"Kami akan bertindak balas, kami tahu bagaimana untuk mengenal pasti sasaran penting, kami tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan," katanya merujuk pada serangan Iran ke atas Israel pada Selasa lalu.
Selepas menyatakan Iran melepaskan sekitar 200 peluru berpandu ke arah Israel pada Selasa, Halevi menyifatkan kerosakan akibat serangan itu sebagai "agak kecil."
Halevi juga berkata, IDF merancang untuk "menguatkan pasukan mereka" semasa meneruskan operasi di rantau ini. - Agensi
#tentera Israel #Israel serang Lubnan #peluru berpandu #Hezbollah #terkini
;