'Israel biadab kerana dunia berdiam diri' - Najib

Astro Awani
Oktober 16, 2024 07:50 MYT
Najib turut mempersoal keupayaan dunia untuk menghentikan serangan terang-terangan terhadap rakyat Lubnan. - Foto REUTERS
BEIRUT: Keganasan berleluasa dan jenayah dilakukan rejim Israel di Lubnan adalah disebabkan dunia memilih untuk berdiam diri.
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati dalam satu kenyataan berkata, sikap sebegitu mengalakkan Israel untuk terus melakukan kezaliman ke atas penduduk awam di Lubnan.
Beliau turut mengecam serangan baru Israel terhadap orang awam di bandar Nabatieh sehingga mengorbankan Datuk Bandar bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel.
Najib turut mempersoal keupayaan dunia untuk menghentikan serangan terang-terangan terhadap rakyat Lubnan dan mempertikai keberkesanan Majlis Keselamatan PBB dalam menuntut gencatan senjata.
Beliau juga bertanyakan penyelesaian apa lagi yang mampu diharapkan dalam situasi yang memuncak di negara itu melihat kepada kezaliman rejim yang turut menyasarkan anggota pasukan interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
#Israel #serangan #lubnan #Najib Mikati
;