Israel arahkan penduduk Palestin di sekitar Khan Younis berpindah segera

Astro Awani
Julai 1, 2024 07:45 MYT
Kesemua penduduk Palestin yang menetap di Khan Younis diarah untuk berpindah segera ke zon kemanusiaan. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Penduduk di beberapa kawasan kejiranan di timur Khan Younis, selatan Gaza, berkata mereka telah menerima mesej audio dari Israel yang mengarahkan untuk meninggalkan rumah mereka.
Dalam masa yang sama, jurucakap tentera Avichay Adraee turut menyiarkan peringatan yang sama di platform X dalam meminta kesemua penduduk Palestin yang menetap di kawasan berkenaan untuk berpindah segera ke zon kemanusiaan.
Ada yang menjangkakan kawasan berkenaan akan menjadi kubu Israel.
Pejuang Hamas pada Isnin melancarkan roket bertubi-tubi ke Israel ketika pertempuran di Gaza dan ketika kereta kebal Israel maju lebih dalam di bahagian enklaf berkenaan.
Ia mendakwa pejuangnya melepaskan roket ke arah beberapa komuniti Israel berhampiran pagar sempadan dengan Gaza sebagai tindak balas kepada jenayah Zionis.
Bagaimanapun tentera Israel sahkan serangan kira-kira 20 roket itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.
Sehingga kini, serangan yang dilancarkan oleh Israel sebagai tindakan balas kepada Hamas telah membunuh hampir 38,000 orang.
#Khan Younis #pindah #Israel #Hamas
;