“Israel akan teguh bersatu,” kata Netanyahu selepas lapan tenteranya terbunuh
Astro Awani
Oktober 2, 2024 06:30 MYT
Oktober 2, 2024 06:30 MYT
TEL AVIV: Benjamin Netanyahu berkata, seluruh Israel itu akan "teguh bersatu" seraya mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga lapan tenteranya yang terkorban di Lubnan, pada Rabu.
Dalam hantaran di platform X, Perdana Menteri Israel itu mendakwa: "Kami berada di tengah-tengah peperangan yang sukar menentang paksi kejahatan Iran yang bertujuan untuk memusnahkan kami. Ini tidak akan berlaku - kerana kami akan berdiri bersama dan dengan bantuan Tuhan - kami akan menang bersama-sama."
Beliau mengakhiri mesejnya dengan berikrar Israel akan mengembalikan semula tebusan yang diculik di selatan, mengembalikan penduduk ke utara dan akan "menjamin keabadian Israel."