Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Agensi
April 17, 2024 06:30 MYT
April 17, 2024 06:30 MYT
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet pada Rabu bahawa Israel akan memutuskan sendiri bagaimana untuk bertindak balas terhadap serangan hujung minggu lalu oleh Iran.
Netanyahu berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar United Kingdom dan Jerman hari ini serta berhubung dengan dengan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Selasa.
“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kami atas sokongan mereka untuk pertahanan Israel… mereka juga berkongsi pelbagai cadangan dan nasihat… saya menghargainya.
“Tetapi saya ingin menjelaskan, kami (Israel) akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri,” kata Netanyahu..
Kenyataan Netanyahu itu dibuat ketika negara-negara Barat merayu agar negara itu menahan diri dalam bertindak balas terhadap serangan daripada Iran.
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan kumpulan negara perindustrian G7 semuanya mengumumkan rancangan untuk mempertimbangkan sekatan yang lebih ketat ke atas Iran, yang dilihat bertujuan untuk melemahkan Israel dan memujuknya untuk mengekang tindakan balas terhadap serangan langsung Iran yang pertama selepas berdekad.
Iran melancarkan serangan itu sebagai tindakan balas terhadap serangan udara Israel yang disyaki di perkarangan kedutaannya di Damsyik pada 1 April lalu.
Israel dan beberapa sekutunya menembak jatuh semua peluru berpandu dan dron Israel serta tiada kematian yang direkodkan.
Bagaimanapun, Israel menegaskan, ia membalas dendam untuk mengekalkan kredibiliti penghalangnya.
Iran berpendapat, hal itu sudah selesai, namun, akan tetap membalasn ya semula jika Israel melakukannya. - Agensi