Ismail Haniyeh wakili suara rakyat Palestin di seluruh dunia - Speaker Iran

Agensi
Ogos 1, 2024 11:20 MYT
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mewakili suara seluruh warga Palestin yang berada di seluruh pelusuk dunia.- Hamas Chief Office via APA Images via ZUMA Press W
TEHRAN: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mewakili suara seluruh warga Palestin yang berada di seluruh pelosok dunia.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menyifatkan Allahyarham Ismail sebagai seorang pemimpin yang amat bijak.
Bagher berkata demikian di upacara penghormatan terakhir pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang berlangsung di Universiti Tehran, Iran.
“Ismail Haniyeh adalah suara rakyat Palestin di seluruh dunia,” kata Ghalibaf. “Dia bukan sahaja seorang pemimpin. Beliau adalah orang yang bijak.”
Tambah Ghalibaf, pembunuhan Ismail di Tehran tidak akan dibiarkan tanpa jawapan.
Tegas beliau, jawapan Iran akan ada pada masa dan lokasi yang tepat.
Ini kerana amat sukar bagi Iran apabila memiliki tetamu yang kemudiannya menjadi sasaran dan dibunuh di tanah air mereka.
#Parlimen #Palestin #Iran #Ismail Haniyeh