Ismail dibunuh dengan peluru jarak dekat - Iran
Agensi
Ogos 3, 2024 23:56 MYT
Ogos 3, 2024 23:56 MYT
TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran pada Sabtu berkata Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran menggunakan peluru jarak dekat dengan kepala peledak kira-kira 7 kilogram, dan berjanji akan membalas dendam.
Pembunuhan Ismail pada Rabu lalu telah menimbulkan kebimbangan kemungkinan konflik secara langsung antara Tehran dan musuh ketatnya, Israel di wilayah yang digegarkan oleh perang Israel di Gaza dan konflik yang semakin buruk di Lubnan.
Dia menyebut balas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas itu akan dilakukan secara "kejam dan pada masa, tempat, dan cara yang sesuai," serta menyalahkan "rejim Zionis pengganas" atas kematiannya.
Iran dan Hamas menuduh Israel melakukan serangan yang mengorbankan Islam beberapa jam selepas beliau menghadiri majlis pelantikan presiden baharu Iran.