Islamofobia di Perancis: Anwar utus surat terbuka kepada Macron

Astro Awani
Oktober 27, 2020 18:33 MYT
Kenyataan yang dikeluarkan Emmanuel Macron amat menyinggung perasaan lantaran ia tidak berasas sama sekali, kata Anwar. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron amat menyinggung perasaan lantaran ia tidak berasas sama sekali.
Itu tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kenyataan dikeluarkan Presiden Perancis itu yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.
Menurut Anwar, kenyataan Macron itu hanya mempromosikan agenda negatif yang akhirnya beliau menjadi mangsa kritikan.
“Selagi mana beliau kekal buta tentang luas dan canggihnya Islam sebagai sebuah dunia yang mementingkan nilai dan cita-cita, maka kita akan gagal memajukan perjuangan menghadapi prasangka asas yang menimpa kedua belah pihak," katanya menerusi satu surat terbuka kepada Macron.
Macron membuat kenyataan itu berhubung insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.
BACA: Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
BACA: Suspek penggal kepala guru di Paris merupakan pelarian Chechen
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Kenyataan Macron itu secara tidak langsung menunjukkan sentimen Islamofobia di Perancis semakin berkembang menyebabkan penduduk beragama Islam di negara ini berdepan dengan tekanan dan sering dijadikan ‘sasaran’ sekiranya berlaku insiden jenayah.
Berikut merupakan salinan surat terbuka Anwar tersebut:
#Anwar Ibrahim #Emmanuel Macron #Islam #Islamophobia #surat terbuka Anwar
;