Isaac Herzog diangkat sebagai Presiden Israel ke-11

Faris Danial Razi
Jun 2, 2021 20:26 MYT
Isaac Herzog yang berusia 60 tahun menewaskan Miriam Peretz yang merupakan seorang aktivis sosial sekali gus menggantikan Reuven Rivlin (Presiden Israel ke-10). - Gambar Reuters
TEL AVIV: Ketika suhu politik di Israel dilihat meningkat susulan penubuhan parti gabungan yang bakal berlaku, anggota Parti Kesatuan Zionis, Isaac Herzog diangkat sebagai sebagai Presiden Israel ke-11.
Herzog, 60, menewaskan Miriam Peretz yang merupakan seorang aktivis sosial sekali gus menggantikan Reuven Rivlin (Presiden Israel ke-10).
Beliau yang juga anak kepada Presiden ke-6 Israel, Chaim Herzog akan mengambil tugas rasmi bermula 9 Julai depan.
BACA: PM Israel Benjamin Netanyahu di ambang kejatuhan
Ketika ini, ahli politik Israel sedang berada dalam rundingan terakhir untuk menubuhkan parti gabungan di antara parti Yesh Atid dan Yamina.
Benjamin Netanyahu yang menjadi Perdana Menteri paling lama menerajui Israel iaitu selama 12 tahun, dijangka tumbang selepas ini.
[TERKINI] Politik Israel | Benjamin Netanyahu di ambang kejatuhan?
#Benjamin Netanyahu #PM #Israel #Perdana Menteri #Zionis #Presiden Israel ke-11 #Isaac Herzog
;