Iryna, kanak-kanak hidap progeria meninggal dunia

Astro Awani
Julai 4, 2021 11:34 MYT
Iryna ketika hidupnya terpaksa menjual lukisan bagi menampung kos rawatan penyakit dihidapinya itu. -Gambar telegraph.id
KIEV: Seorang budak perempuan yang menghidap penyakit yang menyebabkan dirinya kelihatan tua meninggal dunia di Ukraine baru-baru ini.
Iryna Khimich, 10, didianosis menghidap progeria atau sindrom Hutchinson-Gilford yang membuatkan tubuh dan wajahnya seolah sudah berusia 80 tahun.
Berita pemergian Iryna diumum ibunya Dina, 39, di media sosial yang berkata jantung Iryna tiba-tiba terhenti.
Tiada makluman mengenai lokasi pengebumian Iryna.
Iryna ketika hidupnya terpaksa menjual lukisan bagi menampung kos rawatan penyakit dihidapinya itu.
Gejala progeria telah menyebabkan tubuh kanak-kanak perempuan itu berubah menjadi 'tua' setiap tahun sejak hampir 10 tahun lalu.
Iryna sepatutnya mendapatkan rawatan di Boston, Amerika Syarikat (AS) namun hasrat itu tidak kesampaian.
#Iryana Khimich #Progeria #Hutchinson-Gilford #Dina Khimish #kelihatan tua #Ukraine #jual lukisan #rawatan di Boston
;