Ireland gesa PM Israel henti perang
Astro Awani
Januari 19, 2024 08:30 MYT
Januari 19, 2024 08:30 MYT
BERLIN: Menteri Luar Ireland Micheal Martin menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menamatkan perang di Gaza secepat mungkin.
Kepada beliau, hasrat Netanyahu untuk meneruskan perang hingga 2025 tidak boleh diterima sama sekali.
Malah katanya, penyelesaian ketenteraan tidak akan menyelesaikan sebarang konflik.
"Pada pandangan saya, tidak boleh diterima sama sekali bahawa Perdana Menteri Israel akan mengatakan bahawa perang ini akan berterusan sehingga 2025. Terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban, terlalu ramai kanak-kanak kehilangan nyawa.
"Tidak boleh menyelesaikan isu seperti ini atas alasan ketenteraan sahaja. Penyelesaian ketenteraan dengan sendirinya tidak akan berhasil," katanya.
Martin berkata, adalah satu kekejaman untuk melihat nyawa kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa mati di tangan tentera Israel begitu sahaja.
Justeru, baginya kaedah peperangan seperti yang pernah dialami Ireland dalam peperangan sebelum ini tidak membawa apa-apa makna, sebaliknya satu bentuk kehancuran.