Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran
Astro Awani
Julai 11, 2023 07:15 MYT
Julai 11, 2023 07:15 MYT
IRAQ akan memulakan perdagangan minyak mentah untuk memperoleh gas asli Iran.
Menurut Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Sudani, ini bagi menamatkan isu kelewatan pembayaran kepada Tehran, yang tertunggak gara-gara menunggu kelulusan Amerika Syarikat (AS).
"Kami akan menghantar minyak mentah, sebagai pertukaran untuk gas Iran.
"Kaedah ini akan menjamin kami mendapat bekalan gas berterusan dan pada masa sama, memenuhi keperluan kewangan untuk mengimport gas," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, pada Selasa.
Jelas Mohammed, sebelum ini Iran memotong eksport minyak ke Iraq sehingga 50 peratus
Ia susulan kegagalan Iraq membayar hutangnya.
Negara itu memerlukan kelulusan AS untuk membuat pembayaran berkenaan.
Persetujuan ini dicapai selepas Iraq berbincang dengan delegasi Iran yang berada di Baghdad sejak Sabtu.