Iran umum enggan beri kerjasama kepada IAEA

Astro Awani
Februari 16, 2021 21:55 MYT
Iran meningkatkan proses pengayaan uraniumnya sejak Amerika mengumumkan menarik diri daripada perjanjian itu. -REUTERS
TEHRAN: Iran mengumumkan enggan memberi kerjasama kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Tehran dilapor akan menyekat hasrat agensi itu menjalankan pemeriksaan di tapak nuklearnya.
Menurut kenyataan IAEA, Tehran akan menghentikan pelaksanaan pendekatan ketelusan secara sukarela di bawah protokol Perjanjian Nuklear 2015.
Di bawah protokol itu, penyiasat IAEA boleh mengadakan pemeriksaan di loji nuklear Iran walaupun hanya dengan notis singkat.
Keengganan Iran ini ada kaitan dengan tuntutannya supaya pihak berkepentingan lain dalam perjanjian nuklear itu memenuhi tanggungjawab mereka.
Republik itu sebelum ini mendesak Amerika Syarikat menarik semula sekatan ekonomi yang dikenakan di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump.
Iran meningkatkan proses pengayaan uraniumnya sejak Amerika mengumumkan menarik diri daripada perjanjian itu.
Tindakan itu dianggap satu bentuk protes.
#Donald Trump #Iran #ekonomi #nuklear #IAEA #Amerika Syarikat #Agensi Tenaga Atom Antarabangsa #perjanjian nuklear #loji nuklear Iran