Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau

Bernama
Ogos 1, 2023 18:28 MYT
Suhu dijangka mencecah 51 darjah Celsius (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.
ANKARA: Pihak berkuasa Iran pada Selasa mengumumkan cuti umum dua hari berikutan gelombang haba melampau di negara itu.
"Untuk melindungi kesihatan rakyat akibat cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Majlis Menteri menerima cadangan Kementerian Kesihatan supaya memberi cuti pada Rabu dan Khamis di seluruh negara," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap kerajaan Iran, Ali Bahadori Jahromi di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Suhu dijangka mencecah 51 darjah Celsius (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.
Menteri Kesihatan Bahram Einollahi turut mencadangkan cuti umum di kawasan yang suhu melebihi 40C (104F) darjah.
-- BERNAMA
#Iran #suhu panas #cuti #kesihatan #gelombang haba
;