Iran selar tindakan Israel bunuh pegawai perubatan di Lubnan

Astro Awani
Oktober 23, 2024 19:42 MYT
Dr Ali Heydari yang bertugas di Beirut untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa perang terbunuh dalam serangan udara Israel baru-baru ini. -Gambar fail/X @fresh_sadegh
TEHRAN: Kementerian Luar Negeri Iran mengutuk keras pembunuhan seorang pegawai perubatannya di Lubnan, menyifatkannya sebagai pelanggaran Konvensyen Geneva 1949.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar Negeri Iran mengutuk keras pembunuhan Dr Ali Heydari di Lubnan oleh serangan udara Israel, menyifatkannya sebagai pelanggaran Konvensyen Geneva 1949 dan jenayah perang.
  • Dr Ali Heydari bertugas di Beirut untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel sebelum terbunuh dalam serangan tersebut.
  • Iran menyeru organisasi antarabangsa, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk mendokumentasikan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh tentera Israel di Lubnan.

Dr Ali Heydari yang bertugas di Beirut untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa perang terbunuh dalam serangan udara Israel baru-baru ini.

" " . pic.twitter.com/xKqiKrqM7o

— (@teletabnak) October 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan kementerian, tindakan rejim zionis yang menyasarkan Dr Ali Heydari, adalah pelanggaran jelas terhadap Konvensyen Geneva 1949 yang melarang serangan terhadap hospital, pusat perubatan, dan profesional perubatan.
Kementerian itu juga menyifatkan tindakan ini sebagai jenayah perang.
Kementerian Luar Negeri Iran turut menyeru organisasi berkaitan, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk mendokumentasikan insiden berulang pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh tentera Israel di Lubnan.
Dalam perkembangan terkini, serangan udara Israel di Beirut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 117 yang lain.
Situasi ini menambah ketegangan di rantau tersebut, dengan laporan bahawa pekerja perubatan di Lubnan mendakwa mereka menjadi sasaran langsung serangan Israel.
#Dr Ali Heydari #Kementerian Luar Negeri Iran #rejim Zionis #pelanggaran Konvensyen Geneva 1949 #jenayah perang
;