Iran perkenal teknologi baharu terapi gen untuk rawat kanser darah

Bernama
November 15, 2022 20:20 MYT
Penyelidik mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk membangunkan kaedah terapi gen baharu bagi merawat kanser darah. - Gambar hiasan
TEHRAN: Saintis perubatan Iran memperkenal teknologi baharu yang berasaskan terapi gen untuk merawat pesakit kanser darah.
Seorang pegawai dari Pejabat Presiden Iran bagi Sains dan Teknologi pada Selasa berkata penyelidik mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk membangunkan kaedah terapi gen baharu bagi merawat kanser darah.
Agensi berita republik Islam (IRNA) melaporkan Amir Ali Hamidieh berkata kadar kejayaan rawatan itu hampir 70 peratus.
Sebuah syarikat permulaan Iran telah membangunkan kaedah rawatan yang kekal dimonopoli dua syarikat multinasional, kata Hamidieh.
Beliau berkata kaedah itu telah diuji buat kali pertama ke atas pesakit kanser darah di Iran selepas diluluskan Universiti Sains Perubatan Tehran.
-- BERNAMA
#Iran #terapi gen #Rawatan kanser #teknologi baharu