Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat

Agensi
April 19, 2024 17:48 MYT
Anggota tentera berkawal di kemudahan nuklear di kawasan Zardanjan di Isfahan, Iran, 19 April 2024. - Gambar/ Reuters
TEHRAN: Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Lubnan yang pro kepada Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media Barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
Sebaliknya, kata sumber itu lagi, pertahanan udara Iran telah berjaya menangani sebilangan kecil serangan dron, yang hampir pasti dilancarkan dari dalam negara itu sendiri.

Iranian sources tell #AlMayadeen that no external aggression against Iran was launched on Friday. What is being circulated about an Israeli attack on #Iran are lies and are part of a misinformation war, according to our sources. Sources also added that complicit #US media pic.twitter.com/uJbA689SMz

— Al Mayadeen English (@MayadeenEnglish) April 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Awal hari ini, ABC News yang memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS) melaporkan peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Media kemudian melaporkan, Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
Agensi berita Tasnim, yang bergabung dengan Pengawal Revolusi, melaporkan bahawa pihak berkuasa penerbangan awam negara itu mengumumkan penarikan balik sekatan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang.
Dalam pada itu Reuters melaporkan seorang pegawai tinggi Kerajaan Iran sebagai berkata, republik itu tidak merancang untuk membuat serangan balas memandangkan tiada bukti mengatakan serangan itu datang dari Israel.
“Sumber luar yang menyebut mengenai insiden itu tidak dapat disahkan. Kami tidak menerima sebarang serangan luar, dan perbincangan lebih ke arah penyusupan berbanding serangan,” kata pegawai Iran itu lagi.
#Iran #Israel #perang Iran-Israel #serangan dalam negara
;