Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun
Bernama
Jun 9, 2024 23:45 MYT
Jun 9, 2024 23:45 MYT
TEHRAN: Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Ringkasan AI
- Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran mengumumkan senarai akhir enam calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga.
- Calon termasuk Mostafa Pourmohammadi, Massoud Pezeshkian, Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi, Alireza Zakani, Saeed Jalili, dan Mohammad Baqer Qalibaf.
- Pilihan raya diadakan pada 28 Jun selepas kematian presiden terdahulu, Ebrahim Raeisi, dalam nahas helikopter.
Mohsen Eslami, jurucakap Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran, mengumumkan nama-nama calon yang layak untuk Pilihan Raya Presiden ke-14, pada Ahad.
Majlis Penjaga, sebuah badan penyelia pilihan raya yang terdiri daripada 12 anggota, telah memuktamadkan senarai calon yang diluluskan lebih awal pada hari itu dan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
Enam calon yang dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya pada 28 Jun adalah bekas Menteri Kehakiman Mostafa Pourmohammadi, bekas Menteri Kesihatan Massoud Pezeshkian dan Ketua Yayasan Syuhada dan Hal Ehwal Veteran Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi, Datuk Bandar Tehran Alireza Zakani, bekas perunding nuklear Saeed Jalili dan Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf.
Pilihan raya ini diadakan selepas presiden terdahulu, Ebrahim Raeisi terkorban bersama tujuh yang lain dalam satu nahas helikopter pada 19 Mei lepas.
-- BERNAMA