Iran lancar dua peluru berpandu balistik ketika ketegangan memuncak dengan AS
Agensi
Ogos 20, 2020 05:00 MYT
Ogos 20, 2020 05:00 MYT
Stesen penyiaran rasmi Iran melaporkan negara itu melancarkan dua peluru berpandu balistik ketika ketegangan memuncak dengan Amerika Syarikat (AS).
Dua peluru berpandu balistik itu dinamakan sempena jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani dan pemimpin militia Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis yang terbunuh dalam serangan udara AS di luar lapangan terbang antarabangsa Baghdad pada Januari.
Peluru berpandu balistik Qassem memiliki jarak tempur sejauh 1,400 kilometer manakala peluru berpandu tentera laut Abu Mahdi memiliki jarak tempuh 1,000 kilometer.
Laporan itu turut mendakwa peluru berpandu Qassem tidak dapat dipintas sistem pertahanan musuh.