Iran kutuk serangan pengganas di Kabul
Bernama
April 21, 2016 08:11 MYT
April 21, 2016 08:11 MYT
Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan letupan oleh pengganas di Kabul, Afghanistan pada Selasa, lapor agensi berita Iran Mehr (MNA).
Jurucakap Kementerian Luar Hossein Jaberi Ansari dalam satu kenyataan berkata, keganasan merupakan suatu ancaman kepada keselamatan serta keamanan yang perlu ditangani di peringkat kerjasama antarabangsa secara teratur dan bersungguh-sungguh.
Dilaporkan pengebom bunuh diri dan serangan bersenjata itu dilakukan kumpulan Taliban ke atas bangunan menempatkan pejabat agensi keselamatan Afghanistan di tengah Kabul yang membunuh sekurang-kurangnya 28 orang manakala lebih 320 lagi cedera.
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dalam satu kenyataan dari Istana Presiden yang terletak beberapa ratus meter dari tempat kejadian turut mengutuk keras serangan tersebut.