Iran: Hasan Rouhani angkat sumpah jawatan Presiden penggal kedua
Agensi
Ogos 5, 2017 00:16 MYT
Ogos 5, 2017 00:16 MYT
HASAN Rouhani pada Sabtu mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Iran untuk penggal kedua susulan kemenangannya dalam pilihan raya Mei lalu.
Majlis dihadiri lebih 100 delegasi asing termasuk 7 Presiden dan 18 Speaker Parlimen.
Bernama melaporkan, delegasi dari Malaysia ialah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Antara kenamaan lain termasuk Presiden Iraq Fuad Masum, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan Ketua Dasar EU Federica Mogherini.
Sejak Revolusi 1979, Hasan memecah tradisi politik Iran apabila dipilih sebagai sebagai presiden sebanyak dua kali.