Iran hampir ke 'garis merah' perjanjian nuklear 2015
Agensi
Jun 6, 2018 17:45 MYT
Jun 6, 2018 17:45 MYT
Perancis mengesahkan pengayaan kapasiti uranium nuklear Iran hampir ke 'garis merah' dan ia suatu yang tidak disenangi.
Menteri Luar, Jean-Yves Le Drian, bagaimanapun berkata langkah terbaharu Tehran itu masih berada dalam pelan asal yang termaktub dalam perjanjian nuklear 2015.
"Inisiatif ini adalah suatu tidak diingini berlaku kerana iamenimbulkan kegusaran ramai pihak.
"Ia masih berbahaya kerana menghampiri 'garis merah' atau had yang dibenarkan dalam perjanjian sebelum ini.
"Namun ia masih dalam rangka kerja perjanjian nukelar yang ditandatngani di Vienna pada 2015," jelasnya.
Pada Selasa, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei mengumumkan gerak kerja penambahan kapasiti pengayaan uranium nuklearnya dan surat pemberitahuan telah diberikan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Isnin.
Isu nuklear Iran dihangatkan kembali sejak Donald Trump, mengambil tampuk pentadbiran Amerika Syarikat selaku Presiden.
Trump menyifatkan perjanjian di Vienna yang ditandatangani mantan presiden sebelum in, Barrack Obama, sebagai lemah dan tidak berjaya mengekang hasrat pembangunan nuklear Iran.
Selepas beberapa cadangan Trump tidak dipersetujui oleh Tehran, akhirnya Washington bertindak keluar dari perjanjian tersebut pada Mei lalu.
Bagaimanapun, beberapa negara kuasa besar Eropah seperti Perancis dan Jerman masih kekal dalam perjanjian itu, namun memberi kata dua sekiranya Tehran dilihat melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Jika mereka sampai ke tahap yang lebih tinggi dari sekarang ini, maka perjanjian itu akan terbubar.
"Namun mereka perlu sedar bahawa jika mereka melakukannya, maka mereka akan mendedahkan diri kepada sekatan baharu dan Eropah tidak akan beralah," jelasnya.
Le Drian berkata demikian sehari selepas pemimpin Israel menggesa Perancis agar campur tangan dalam isu nuklear Iran dan untuk keluar daripada perjanjian tersebut.