“Iran enggan berperang, Israel yang paksa bertindak balas” - Presiden Massoud Pezeshkian

Agensi
Oktober 2, 2024 06:45 MYT
Presiden Massoud Pezeshkian (kiri) mengadakan sidang media bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani di Doha, Qatar, pada Rabu. – Gambar Reuters
DOHA: Iran tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu.
Itu amaran Presiden Iran, Massoud Pezeshkian kepada Israel dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Bahkan, tegas Massoud, Iran "tidak mencari perang" tetapi Israel memaksa mereka untuk bertindak balas.
Beliau berkata, objektif Israel adalah untuk meluaskan keganasan di rantau itu dan menyalahkan rejim Zioni situ kerana enggan menerima keamanan.
Sehubungan itu, Massoud menegaskan, mahu mencegah dan menghentikan keganasan.
Presiden Massoud kini berada di Doha dalam rangka lawatan kerja di sebalik Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke atas Israel pada Selasa dan ketika rejim Zionis dijangka melakukan tindak balas dalam masa terdekat ini. - Agensi
#peluru berpandu balistik #Iran serang Israel #Hezbollah #Presiden Massoud Pezeshkian
;