Iran dan Britain berusaha pulih hubungan
Astro Awani
Ogos 23, 2015 00:16 MYT
Ogos 23, 2015 00:16 MYT
Kedutaan Britain di Tehran secara rasminya telah dibuka kembali pada Ahad dan disempurnakan oleh Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond.
Kedutaan berkenaan ditutup hampir empat tahun lalu susulan serangan oleh kumpulan yang membantah sekatan antarabangsa ke atas Iran.
Hammond tiba di Tehran pada Ahad bagi menghadiri pertemuan dengan pimpinan republik itu dalam usaha memulihkan kembali hubungan kedua dua negara.
Ia kunjungan pertama oleh Setiausaha Luar Britain sejak tahun 2003.