Iran dakwa rundingan nuklear di Austria tunjuk perkembangan positif
Astro Awani
Mei 31, 2021 06:21 MYT
Mei 31, 2021 06:21 MYT
KETUA Perunding Nuklear Iran mendakwa rundingan nuklear di Austria menunjukkan perkembangan positif.
Abbas Araghchi bagaimanapun mendedahkan belum mendapat keputusan muktamad berhubung sebarang perjanjian.
Beliau juga mengakui, rundingan kali ini agak sukar.
Namun pihak terlibat dalam rundingan sudah berjaya mengatasi beberapa isu utama.
“Secara peribadinya, saya tidak pasti bila kita akan berjaya memuktamadkan pusingan rundingan kali ini. Pihak yang terlibat dalam rundingan ini mungkin akan kembali ke negara masing-masing untuk rundingan lanjut,” katanya.
Sebelum ini semua pihak terlibat dalam rundingan itu berharap mesyuarat di Vienna sebagai siri pertemuan terakhir.
Sasarannya untuk mengembalikan Amerika Syarikat (AS) ke Rundingan Nuklear 2015.