Iran buka semula kedutaan di Arab Saudi
Agensi
Jun 6, 2023 07:15 MYT
Jun 6, 2023 07:15 MYT
RIYADH: Kedutaan Iran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, telah dibuka semula, seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya pada Selasa.
Kedua-dua negara bersetuju untuk mengakhiri ketegangan diplomatik di bawah satu perjanjian yang diatur oleh China pada bulan Mac.
"Kami menganggap hari ini sebagai hari penting dalam hubungan antara Republik Islam Iran dan Kerajaan Arab Saudi," kata Timbalan Menteri Luar Iran, Alireza Bigdeli, dalam upacara menaikkan bendera negara berkenaan.
"Kerjasama antara kedua negara ini memasuki era baharu," tambah beliau.
"Kedutaan Iran di Riyadh, Konsulat Jeneral kami di Jeddah, dan pejabat kami di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan dibuka semula secara rasmi pada hari Selasa dan Rabu," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani, pada hari Isnin. - Agensi