Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut

Astro Awani
April 19, 2024 09:15 MYT
Tegas Amirabdollahian, sekiranya berlaku sebarang penggunaan kekerasan oleh rejim Israel dan melanggar kedaulatan Iran, negara itu tidak akan teragak-agak untuk menegakkan hak sedia ada dan bertindak balas sewajarnya. - Foto REUTERS
NEW YORK: Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan mereka.
Amaran itu dinyatakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Khamis.
Tegas Amirabdollahian, sekiranya berlaku sebarang penggunaan kekerasan oleh rejim Israel dan melanggar kedaulatan Iran, negara itu tidak akan teragak-agak untuk menegakkan hak sedia ada dan bertindak balas sewajarnya sehingga Israel menyesali tindakannya.
Kenyataannya dibuat selepas seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Sebelum ini, Israel berkata akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April.
Tehran melakukan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas perkarangan kedutaannya di Damsyik awal bulan ini.
#UNSC #Iran #Israel #operasi ketenteraan
;