Iran 'bergegar' lagi, satu nyawa melayang

Agensi
Disember 27, 2017 07:22 MYT
Media tempatan melaporkan, gegaran dikesan pada kedalaman 12 km, berpusat sekitar 39 km barat Tehran. - Gambar hiasan
Gempa bumi berukuran 4.2 magnitud menggegarkan Alborz, utara Iran mengorbankan satu nyawa dan mencederakan 57 yang lain.
Media tempatan melaporkan, gegaran dikesan pada kedalaman 12 km, berpusat sekitar 39 km barat Tehran.
Pihak berkuasa turut bertindak menutup beberapa buah sekolah di Karaj dan kawasan barat Tehran.
#alborz #bencana alam #gempa bumi #Gempa bumi Iran #Iran #mati #Terkini Astro AWANI #utara Iran