Iran antara lima negara utama sebagai kuasa besar teknologi masa depan
Bernama
April 26, 2023 07:00 MYT
April 26, 2023 07:00 MYT
TEHRAN: Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaru oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA.
"Perlumbaan untuk menjadi kuasa teknologi paling penting seterusnya adalah antara UK dan India, kedua-duanya mengisi tempat dalam lima negara teratas dalam 29 daripada 44 jenis teknologi," menurut laporan ASPI.
"Korea Selatan dan Jerman mengikuti rapat di belakang, masing-masing muncul dalam lima negara teratas dalam 20 dan 17 teknologi," katanya.
"Australia berada dalam lima teratas untuk sembilan teknologi, diikuti rapat oleh Itali (tujuh teknologi), Iran (enam), Jepun (empat) dan Kanada (empat).
"Rusia, Singapura, Arab Saudi, Perancis, Malaysia dan Belanda berada dalam lima teratas untuk satu atau dua teknologi," katanya.
"Beberapa negara lain, termasuk Sepanyol dan Turki, berada dalam kalangan 10 negara teratas tetapi tidak termasuk dalam lima teratas."
-- BERNAMA