Institut Gunung Berapi Filipina tingkatkan tahap amaran Gunung Taal

Bernama
Mac 26, 2022 13:53 MYT
Amaran ditingkatkan kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter. - AP
Institut Volkano dan Seismologi Filipina pada Sabtu meningkatkan amaran berjaga-jaga selepas mengesan "peningkatan aktiviti gunung berapi" di Gunung Taal, dekat Manila.
Institut itu meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter disertai kejadian gempa bumi pada 7.22 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Xinhua.
Institut itu menggesa orang ramai menjauhkan diri dari kawasan itu.
Gunung berapi Taal antara gunung berapi paling aktif di Filipina, kali terakhir meletus pada Januari 2020, mengakibatkan hampir 380,000 rakyatnya hilang tempat tinggal serta memusnahkan ladang, rumah dan jalan raya di wilayah itu.
-- BERNAMA
#gunung berapi #Gunung Taal #Filipina #amaran
;