Insiden tembakan Munich: Obama tawar bantuan buat Jerman

Agensi
Julai 23, 2016 11:27 MYT
Obama (gambar) menyatakan kesediaan negaranya untuk menghulurkan bantuan serta sokongan kepada Jerman. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberi reaksi segera kepada insiden tembakan di sebuah pusat beli belah di Munich, awal pagi Sabtu.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menyatakan kesediaan negaranya untuk menghulurkan bantuan serta sokongan kepada Jerman.
“Ramai yang sedia maklum mengetahui mengenai insiden di Jerman. Namun, kita tidak mengetahui apa yang betul-betul berlaku di sana.
“Walau bagaimanapun, kami ucapkan yang terbaik untuk mereka yang mengalami kecederaan. Situasi ini masih aktif dan kami akan memberikan sokongan tanpa belah bahagi kepada Jerman dalam menghadapi perkara ini,” kata Obama.
Obama turut berkata, insiden itu merupakan satu peringatan kepada kepentingan penguatkuasaan supaya rakyat bebas menjalani hidup mereka tanpa ancaman keselamatan sedemikian.
BACA: 10 maut dalam insiden tembakan di Munich
BACA: Suspek insiden tembakan Munich remaja Jerman kelahiran Iran - Polis
Dalam kejadian pada jam 6 petang waktu Jerman itu, seramai 10 orang maut, termasuk suspek manakala 23 lagi cedera dalam insiden melibatkan seorang penembak.
Menurut polis, suspek telah melepaskan tembakan di pusat beli belah dan restoran makanan segera McDonald's berhampiran sebuah stadium Olimpik sebelum menembak mati dirinya sendiri.
#bantuan #Barack Obama #Jerman #Munich
;