Insiden tembakan di Utah, tiga maut

Agensi
Jun 7, 2017 11:12 MYT
Sumber polis memberitahu, kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.
Tiga dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam satu insiden tembakan di Utah, Amerika Syarikat pada Selasa.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sandy, Utah, Amerika Syarikat.
Portal Fox News melaporkan penembak turut terbunuh.
Dua mangsa yang cedera merupakan remaja bawah umur.
Sumber polis memberitahu, kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.
Suspek dikatakan memandu keretanya dan merempuh sebuah kereta lain, sebelum keluar dan melepaskan tembakan.
Kejadian memaksa pihak berkuasa untuk memberi kawalan ketat ke atas sekolah rendah di kawasan tersebut, menurut kemas kini akaun Twitter Canyons School District.
Bandar Sandy juga telah mengesahkan insiden itu melalui akaun Facebook mereka.
#insiden #tembakan #Utah
;