Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Bernama
Julai 17, 2024 16:21 MYT
Julai 17, 2024 16:21 MYT
JAKARTA: Insiden tanah runtuh di Mimika, wilayah Papua Tengah, pada Ahad meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa setakat ini, menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari.
"Mayat kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dikebumikan oleh keluarga masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
BNPB menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk di kawasan terbabit untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan berlaku kejadian berulang susulan hujan lebat disertai kilat dan angin kencang.
Ramalan cuaca menunjukkan cuaca mendung dengan hujan renyai di kawasan itu.
-- BERNAMA