Insiden minyak bocor di Mauritius jejas kehidupan terumbu karang, pokok bakau

Agensi
Ogos 25, 2020 23:00 MYT
Perdana Menteri Mauritius mengisytiharkan darurat alam sekitar susulan kemalangan tersebut. -Reuters
Insiden kebocoran minyak dari sebuah kapal tangki Jepun di perairan Mauritius telah menyebabkan terumbu karang dan pokok bakau di perairan tersebut rosak.
Menurut pasukan bantuan Jepun, kesan daripada minyak yang melekat pada tumbuhan itu akan menyebabkan kehidupan laut tersebut terjejas dan seterusnya mati.
Justeru, ketua pasukan bantuan Noriaki Sakaguchi berkata pemantauan secara teliti perlu dilakukan secara berkala.
Setakat ini, masih belum terdapat laporan mengenai kematian terumbu karang atau pokok bakau di perairan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Mauritius mengisytiharkan darurat alam sekitar susulan kemalangan tersebut.
Kapal tangki kepunyaan syarikat Jepun yang membawa 3,800 tan minyak melanggar terumbu karang di sebuah kawasan pemuliharaan yang disenaraikan di peringkat antarabangsa.
#hidupan laut #Jepun #kapal tangki #Mauritius #minyak #Noriaki Sakaguchi #pokok bakau #terumbu karang