Insiden kebakaran bangunan di Bangladesh ragut lebih 40 nyawa

Bernama
Februari 21, 2019 00:47 MYT
Kebakaran berlaku di sebuah gudang simpanan bahan kimia di Dhaka, Bangladesh, 20 Feb, 2019. REUTERS
Sekurang-kurangnya 40 orang maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran sebuah bangunan di ibu kota Bangladesh, Dhaka pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
Kebakaran itu berlaku pada kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan di Dhaka lama.
Api kemudian merebak dengan cepat ke beberapa bangunan berhampiran, kata seorang pegawai perkhidmatan bomba tempatan.
-- BERNAMA
#Bangladesh #bangunan #bomba #cedera #Dhaka #kebakaran #maut