Insiden juruterbang maut jatuh dari pesawat disiasat
Astro Awani
Ogos 3, 2022 08:30 MYT
Ogos 3, 2022 08:30 MYT
MORRISVILLE: Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat sama ada seorang pembantu juruterbang telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum terjatuh dari sebuah pesawat dikendalinya dalam kejadian baru-baru ini.
Pemeriksaan awal mendapati pembantu juruterbang, Charles Hew Crooks, 23, tiada di dalam pesawat ringan itu ketika ia mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat.
Mayat Crooks ditemukan lebih 48 kilometer ke selatan lapangan terbang, di belakang sebuah rumah.
Pemeriksaan juga mendapati Crooks tidak memakai payung terjun dan pihak berkuasa percaya dia jatuh dari ketinggian lebih 10,000 meter.
Siasatan juga mendapati roda kanan kapal terbang itu mengalami masalah menyebabkan ia sukar untuk mendarat.