Insiden amuk di New York, empat maut

Astro Awani
Mac 15, 2013 17:54 MYT
Empat maut manakala dua lagi cedera ditembak lelaki bersenjata dalam insiden amuk terbaru di Herkimer, New York.
Penyerang seorang warga emas, berusia 64 tahun dikenali sebagai Kurt Myers.
Suspek kemudian berjaya ditembak mati selepas pihak berkuasa mengepung lokasi kejadian.
Menurut laporan, Myers pada mulanya melepaskan tembakan di rumahnya di Mohawk, New York kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Dia kemudian memandu ke kedai gunting rambut berdekatan dan melepaskan dua lagi tembakan selepas bertanya kepada pekerja yang sedang menggunting rambut sekiranya dia mengenali Myers.
Dua pelanggan yang berada di premis berkenaan dikenali sebagai Arry Montgomery, 68 tahun dan Michael Ransear, 57 tahun kemudian ditembak mati.
Manakala pemilik kedai, John Seymour cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Myers kemudian terus memandu menuju ke pusat mencuci kereta dan melepaskan dua lagi das tembakan membunuh Michael Renshaw dan Thomas Stefka.
Polis penguatkuasa negeri, Superintenden Joseph D'Amico melaporkan, pasukan taktikal FBI dihantar bagi melakukan pemburuan terhadap Myers selama beberapa jam selepas kejadian tembakan berlaku.
Polis akhirnya menemui Myers yang sedang menyorok di sebuah bar lama yang terbiar.
Myers melepaskan tembakan kepada pihak polis sebelum maut terkena tembakan.
Insiden itu mengejutkan penduduk di Mohawk dan Herkimer dua perkampungan kecil, di pinggir bandar New York.
#amuk #empat terbunuh #Kurt Myers #New York
;