Inilah rupa dadah bernilai AS$1 bilion

Agensi
Ogos 11, 2015 14:56 MYT
Kegiatan penyeludupan dadah oleh kargo yang berpengkalan di San Diego itu telah dipatahkan dengan lebih 30 serbuan berasingan - Foto AFP
Kapal Khas Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) kembali pada Isnin dari misi selama empat bulan di laut dalam membongkar satu jenayah penyeludupan dadah jenis kokain dan heroin yang bernilai US$1 bilion (RM3.9 bilion).
Tiga puluh dua tan metrik kokain dan dua tan heroin telah memenuhi kapal Stratton, yang merupakan kapal utama dari tiga kapal tentera laut yang mengambil bahagian di dalam operasi sulung pasukan itu yang berlangsung dari April hingga Julai lalu.
Kegiatan penyeludupan dadah oleh kargo yang berpengkalan di San Diego itu telah dilumpuhkan dengan lebih 30 serbuan berasingan ke atas kapal-kapal kargo ubatan, dua kapal selam dan berpuluh-puluh bot kecil yang dikenali sebagai 'pangas'.
"Tiga puluh dua tan metrik kokain mentah telah dirampas dan ini merupakan rampasan terbesar dalam sejarah AS. Nilai borongnya sahaja sudah melebih US$1 bilion. Harga pasaran adalah lebih dari itu," kata Pegawai Tentera Paul F. Zukunft.
Menurut Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS, 32 tan kokain mentah mampu menjana 33 juta tiub dadah.
#Amerika Syarikat #Dadah #heroin #kokain #seludup #Tentera Laut
;