Ini sebab mengapa Singapura jadi pilihan Robert Mugabe

Agensi
September 7, 2019 19:39 MYT
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang meninggal dunia pada Jumaat dilaporkan dimasukkan ke Hospital Gleneagles Singapura sejak seminggu lalu. -Gambar fail
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang meninggal dunia pada Jumaat telah berada di Hospital Gleneagles Singapura sejak seminggu sebelumnya untuk menjalani rawatan.
Pastinya timbul persoalan mengapa pemimpin Afrika itu memilih Singapura sebagai lokasi untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Memetik laporan AFP, antara sebab Singapura dipilih adalah kerana Kota Singa itu memiliki persekitaran sesuai untuk mereka yang mahukan privasi.
Ini kerana negara itu tiada budaya paparazi dalam kalangan media.
Singapura juga dilaporkan mempunyai sistem penjagaan kesihatan antara yang terbaik di dunia.
Selain itu, Singapura mempunyai peraturan ketat mengenai perhimpunan politik.
BACA: Robert Mugabe meninggal dunia
BACA: Ini 5 fakta berkenaan Robert Gabriel Mugabe
Mugabe dilaporkan ke Singapura pada April lau selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk.
Sejak itu bekas presiden itu sering keluar serta masuk hospital berkenaan.
Mugabe meninggal dunia akibat sakit tua dan telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu dikelilingi ahli keluarganya.
Wartawan AFP dilaporkan pernah mengesan kehadiran Mugabe di Hospital Gleneagles pada 2017.
#Afrika #Hospital Gleneagles #meninggal dunia #paparazi #perubatan #Robert Mugabe #Singapura
;