Ini hanya pusingan pertama - Hezbollah

Agensi
Oktober 3, 2024 08:50 MYT
Kumpulan pejuang Hezbollah bersedia untuk "mengorbankan darah dan jiwa untuk tanah air dengan rahmat Tuhan." - Gambar AP
KETUA pejabat media Hezbollah, Mohammad Afif, berkata kumpulan itu mempunyai cukup pejuang, senjata dan peluru untuk menyingkirkan Israel.
"Kami memberi jaminan kepada anda (musuh), bahawa ini hanya pusingan pertama," kata Afif kepada pemberita di selatan Lubnan, sambil menambah bahawa kumpulan itu bersedia untuk "mengorbankan darah dan jiwa untuk tanah air dengan rahmat Tuhan."
“Apa yang berlaku di … Maroun al-Ras dan kawasan lain, termasuk Odaisseh, hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.”
Bahkan, tegas Afif, kelebihan udara Israel akan "berubah menjadi kerugian di darat." - Al Jazeera
#Hezbollah #Israel #Iran serang Israel #peluru berpandu balistik
;