'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu

Astro Awani
Oktober 7, 2023 08:53 MYT
Netanyahu dalam satu ucapan kepada rakyat Israel menggambarkan serangan terhadap negaranya adalah bermotifkan peperangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan kepada rakyatnya memberi gambaran serangan terhadap negaranya adalah bermotifkan peperangan.
Memetik laporan Jerusalem Post pada Sabtu, Netanyahu berkata, "ini bukan sebarang operasi, ini ialah peperangan."
Pada awal Sabtu, pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap rejim Israel di Palestin.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif berkata Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.
LAPOR LANGSUNG PERANG ISRAEL-PALESTIN DI SINI
#Perang Israel-Palestin #Benjamin Netanyahu #Hamas #Muhammmad Al-Deif