Sumbangan penderma diperlukan dalam penyelidikan mencari penawar masalah gangguan usus, hinggalah ke alahan, hinggalah ke penyakit berkaitan saraf.
Namun bukan darah atau sum-sum mahupun organ dalaman yang diperlukan, sebaliknya pasukan penyelidikan di hospital Universiti Ghent mengharapkan sumbangan najis, atau tahi manusia!
Reuters melaporkan, di hospital berkenaan, para penyelidik menjalankan ujian transplan mikrobiota ke atas para pesakit.
Mikrobiota merujuk kepada kumpulan mikroorganisma khusus yang wujud dalam sesuatu persekitaran dan dalam hal ini – ‘persekitaran' itu adalah tahi manusia.
Pasukan saintis tersebut merancang untuk mengekstrak mikrobiota baik, yang tinggal di dalam usus penderma, untuk dipindahkan kepada pesakit dalam usaha memperbaiki keadaan dalam perut.
“Bagaimana kami mencari penderma? Itu bukan mudah. Seseorang itu jarang mahu mendermakan najis mereka. Ia juga sulit untuk dibicarakan, namun kami telah memulakan kempen ini dalam media massa,” ujar penyelidik bioperubatan Hannelore Hamerlinck.
Selain masalah gangguan dalam usus, najis manusia terbukti mempunyai aset dalam pencarian penawar bagi pelbagai jenis penyakit lain.
Dalam dekad-dekad sebelum ini, banyak kajian telah mengesyorkan kaitan antara gangguan dalam perut dengan mikrobiota dan penyakit, termasuk alergi dan kanser.
“Mikrob berada di tengah-tengah sistem. Bakteria dalam perut menghasilkan hormon yang akan mempengaruhi otak. Ia juga membantu mengawal aktiviti bakteria tidak baik serta proses penghadaman,” ujar Hamerlinck.
Penderma perlu dalam tahap kesihatan yang baik untuk menyertai penyelidikan ini. Sebagai permulaan, mereka perlu melengkapkan soal jawab yang panjang dan perlu diuji selama tiga bulan sebelum diumumkan layak untuk menjadi penderma najis.
Agensi
Sat Aug 25 2018
Seorang saintis membuat ujian ke atas sampel najis manusia di makmal Universiti Ghent, Belgium. - Reuters
Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula
Delegasi Hamas dijangka tiba di Kaherah pada Sabtu untuk rundingan dengan pegawai Mesir mengenai gencatan senjata di Gaza.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Konflik Asia Barat: Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan A.S - Laporan
Arab Saudi telah menghentikan usahanya untuk mendapatkan perjanjian pertahanan yang komprehensif dengan Washington sebagai pertukaran untuk menormalkan hubungan dengan Israel.
Hezbollah janji koordinasi laksana gencatan senjata
Ketua Hezbollah, Naim Qassem, pada Jumaat menegaskan pihaknya akan berkoordinasi rapat dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Kesihatan: Kes kelima strain mpox baharu dikesan di UK
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, telah dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada lima kes, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Industri aeroangkasa: Sarawak perlu tenaga kerja kualiti tinggi
Sarawak memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi menyokong misinya ke arah menjadi hab bagi industri aeroangkasa Malaysia.
Agrobank tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir.
Bencana banjir: JBPM Terengganu masih mampu berdepan banjir semasa
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
[TERKINI] Mangsa di sembilan negeri lepasi 100,000
Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri kini mencecah 119,513 orang, melibatkan 35,979 keluarga setakat pukul 6 pagi tadi.
Semua mangsa tersebut kini ditempatkan di 696 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Semua mangsa tersebut kini ditempatkan di 696 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri hampiri 120,000 orang
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.
Warga emas meninggal dunia selepas dicakar, dijilat kucing peliharaan
Seorang wanita warga emas meninggal dunia di Hospital Box Hill, Melbourne pada Mei akibat jangkitan bakteria.