"Ini Aboud, 3 tahun, mangsa pelarian Syria," Faizal Tahir kongsi foto runtun hati
Muzaffar Mustapa
Mei 10, 2016 08:09 MYT
Mei 10, 2016 08:09 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sampai Syurga, Faizal Tahir merakamkan satu foto yang cukup meruntun hati dalam akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Foto itu memaparkan beliau sedang mendukung seorang kanak-kanak warga Syria yang kini hidup sebagai pelarian setelah peperangan dan keganasan meletus di tanah air mereka sendiri.
Faizal Tahir bersama sahabat-sahabat rapatnya seperti Noh Salleh, Mizz Nina, Aizat Amdan dan beberapa lagi telah terbang ke negara bergolak itu bagi bertemu dan mendekati mangsa perang di negara yang berada di garisan konflik yang semakin memuncak, namun tidak dihiraukan penderitaan mereka.
Kongsi Faizal lagi, Aboud berlari ke dakapannya sambil menjerit keseronokan tatkala melihat ketibaan rombongan #1Moment4Them di kem pelarian tersebut.
Sewaktu bermalam di kem tersebut, Aboud mengadu mengantuk kepadanya.
"Saya dendangkan lagu Sayang di telinga Aboud dan dia terlena di penghujung lagu itu...," tambah Faizal.
Baca catatan penuh Faizal Tahir di sini:
Sehingga kini, kutipan dana One Moment For Them 2.0 di Mesir dan Jordan sudah mengumpul sebanyak RM130,110.00.
Di kem pelarian itu, Faizal sempat menghiburkan kanak-kanak malang itu dengan dendangan lagu-lagu nyanyiannya.
Bagi anda yang ingin menyumbang, boleh mendapatkan informasi terkini di laman sosial Instagram milik Faizal Tahir.