Ingin mati bersama, lelaki di India gigit isteri setelah dirinya dipatuk ular
Gempak
Jun 16, 2017 22:16 MYT
Jun 16, 2017 22:16 MYT
SEORANG lelaki di India yang digigit seekor ular berbisa bertindak menggigit isterinya kerana ingin mati bersama.
Lelaki yang dikenali sebagai Rai itu telah menggigit isterinya di bahagian lengan apabila menyedari dirinya telah dipatuk ular.
Kejadian berlaku ketika kedua pasangan suami isteri itu sedang tidur di rumah mereka.
Apabila Rai tersedar pada keesokan hari, dia bergegas mendapatkan isterinya, Devi, dan menggigit lengannya sambil memberitahu bahawa dia cintakannya dan mahu mati bersama.
Kedua-dua pasangan itu kemudian pengsan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan jiran.
Rai kemudian disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital namun Devi berjaya diselamatkan oleh doktor.
"Wanita itu berjaya diselamatkan kerana rawatan diberikan tepat pada masa dan sekarang dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor yang merawat mereka.
Menurut Devi, dia tidak sangka suaminya sanggup berbuat demikian kerana ingin mati bersama.
"Dia beritahu saya dia sangat cintakan saya dan mahu mati bersama.
”Dia kemudian menggigit lengan saya sekuat hati dan saya hanya membiarkan dia berbuat demikian kerana terkejut dengan tindakan itu," jelas Devi kepada portal Gulf News.