Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Bernama
Mei 23, 2024 23:26 MYT
Mei 23, 2024 23:26 MYT
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI), mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Xinhua.
Kenaikan dalam inflasi tenaga dan runcit telah diimbangi oleh kos perkhidmatan dan makanan yang lebih rendah, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta Penguasa Kewangan Singapura.
CPI teras tidak termasuk kos pengangkutan peribadi dan penginapan untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah dengan lebih baik.
Inflasi keseluruhan di Singapura kekal stabil pada 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, juga tidak berubah daripada Mac, kerana kenaikan kos pengangkutan peribadi diimbangi oleh inflasi penginapan yang lebih rendah.
Singapura menjangkakan inflasi utama dan terasnya berada dalam lingkungan 2.5 peratus hingga 3.5 peratus tahun ini.
-- BERNAMA