Inflasi Indonesia meningkat ekoran jangkaan kenaikan harga bahan api

AFP
November 3, 2014 19:59 MYT
Jokowi (gambar) dijangka mengumumkan peningkatan harga petrol dan diesel pada minggu-minggu akan datang. -Gambar fail
Inflasi Indonesia meningkat lebih cepat daripada jangkaan pada bulan Oktober susulan kenaikan harga barang ekoran jangkaan bahawa kerajaan baharu akan menaikkan harga bahan api.
Kadar inflasi meningkat kepada 4.83 peratus pada Oktober berbanding kadar 4.53 peratus pada bulan sebelumnya akibat kenaikan harga barang harian, menurut laporan sebuah agensi statistik.
Ia meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan pakar ekonomi.
"Harga telah meningkat sekarang kerana pasaran menjangkakan kenaikan harga minyak," kata Destry Damayanti, Ketua Ekonomi Bank Mandiri.
Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo, yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi,dijangka mengumumkan peningkatan harga petrol dan diesel pada minggu-minggu akan datang.
Pakar ekonomi berkata Widodo tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengurangkan subsidi itu yang memakan satu perlima daripada bajet tahunan.
Walau bagaimanapun, langkah menaikkan harga barang bukan kaedah yang popular dan pernah menyebabkan protes sebelum ini.
Gabenor bank pusat telah memberi amaran bahawa jika harga bahan api meningkat hampir separuh seperti dijangkakan, inflasi boleh mencecah lebih sembilan peratus tahun ini.
#Indonesia #Inflasi #Oktober
;