Industri peranti perubatan India diunjurkan meningkat kepada AS$50 bilion menjelang 2025

Bernama
Oktober 1, 2020 07:13 MYT
Seorang petugas perubatan mengendalikan pesakit yang dijangkiti COVID-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Yatharth, Noida, di pinggir New Delhi, India, 15 Sept, 2020. REUTERS/Gambar hiasan
NEW DELHI: Industri peranti perubatan India menawarkan peluang pelaburan yang besar dan diunjurkan berkembang 28 peratus setiap tahun untuk mencecah nilai US$50 bilion (US$1 = RM4.15) menjelang 2025, kata seorang menteri persekutuan pada Khamis.
Menteri Bahan Kimia dan Baja, D.V. Sadananda Gowda berkata sektor farmaseutikal dan alat perubatan dijangka mencatatkan perolehan tahunan bernilai US$65 bilion dalam tempoh empat tahun lagi dan akan mencapai US$120 bilion menjelang 2030.
"Ini merupakan tempoh yang tepat untuk melabur dalam sektor ini di India," katanya pada sebuah acara industri, menurut kenyataan kementerian.
Beliau berkata, berhubung pertumbuhan pembuatan yang dicatatkan sektor perubatan semasa pandemik COVID-19, India kini mampu diri dalam segmen tersebut dan boleh menghasilkan 500,000 kit PPE sehari, berbanding menjadi pengimport peralatan perlindungan peribadi (PPE) sebelum ini.
-- BERNAMA
#India #pelaburan #perubatan #pandemik #peranti perubatan #D V Sadananda Gowda #farmaseutikal #alat perubatan #perolehan tahunan #COVID-19 #mampu diri #PPE
;