Indonesia timur dilanda gempa dengan kekuatan 6.9 skala Richter
Agensi
Ogos 21, 2020 22:09 MYT
Ogos 21, 2020 22:09 MYT
AGENSI Penyelidikan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, satu kejadian gempa dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Indonesia timur pada Jumaat.
Bagaimanapun, menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan besar atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Gegaran bawah laut itu melanda pada kedalaman lebih 600 kilometer kira-kira 220 kilometer ke selatan Katabu di pulau Sulawesi.
Pada 2018, gempa pada 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.
Gempa berkekuatan 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera pada 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 nyawa termasuk 170,000 nyawa di Indonesia.