Indonesia tarik balik amaran tsunami susulan gempa di Maluku Utara

Agensi
Julai 7, 2019 21:00 MYT
Gegaran direkodkan dengan kedalaman 36 kilometer di barat daya Ternate-Malut.
Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi sekuat 6.9 magnitud yang melanda barat daya Ternate, Maluku Utara Ahad malam.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran tersebut menyebabkan penduduk yang bimbang keluar dari rumah, menyelamatkan diri.
Amaran tsunami itu dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia jam 10.08 malam waktu tempatan.
Gegaran direkodkan dengan kedalaman 36 kilometer di barat daya Ternate-Malut.
Gempa terbabit sebelum itu dilaporkan berpotensi menghasilkan tsunami di kawasan sekitar Sulawesi Utara.
Laporan awal menyebut gempa bumi 7.1 magnitud namun angka itu diturunkan.
BACA: Gempa bumi 7.1 melanda Ternate, Maluku Utara

kepanikan warga kawasan bisnis megamas kota manado-sulut , info terkini (waspada) TSUNAMI dari gempa 7,1 SR di laut maluku. 36km barat daya ternate.. lindungi saudara kami ya Allah pic.twitter.com/rDXC65safL

— kotor terus kakina (@BarumbungMks) July 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedutaan besar Malaysia di Jakarta turut mengeluarkan notis konsular susulan amaran itu.
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan sekitar dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut arahan pihak berkuasa.
Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di talian +62215224947 atau +6281380813036.
#Amerika Syarikat #gempa bumi #Indonesia #Jakarta #Malaysia #Maluku Utara #Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat #rakyat #rakyat Malaysia #Ternate #USGS